Mujizat Air
Air sangat penting kepada kehidupan manusia kerana tiga per empat daripada tubuh badannya dipenuhi dengan bendalir yang sentiasa memberi kekuatan kepada tenaga fizikal dan mental."Kami jadikan tiap-tiap sesuatu yang hidup daripada air." (Surah Al-Anbiya' ayat 30)Allah SWT menjadikan air sebagai keperluan hidup semua makhluk di dunia. Pentingnya air ini bukan sekadar untuk diminum malah untuk digali segala rahsia yang terkandung di dalam air.Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya. • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi. • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa. • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam. • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. 1. Tekanan darah tinggi – 30 hari 2. Gastrik - 10 hari 3. Diabetes – 30 hari 4. Sembelit – 10 hari 5. Kanser – 180 hari 6. Tibi – 90 hari. Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil."Allah menjadikan tiap-tiap binatang daripada air, sesetengahnya berjalan dengan perutnya, sesetengahnya berjalan dengan dua kaki dan di antaranya berjalan dengan empat kaki." (Surah An-Nur ayat 45)Dr. Masaru Emoto, seorang doktor perubatan alternatif di Jepun telah mengkaji air bagi membuktikan bahawa pemikiran dan emosi memberi kesan fizikal ke atas molekul-molekul air. Dengan memperdengarkan pelbagai jenis bahasa, perkataan dan latar muzik pada sampel air yang sama, molekul-molukul air tersebut menunjukkan pelbagai rupa bentuk. Dr. Emoto membangunkan satu teknik yang menggunakan mikroskop berkuasa tinggi di dalam bilik yang sangat sejuk dan gambar foto berkelajuan tinggi untuk menonjolkan pembentukan kristal air daripada sampel air yang dibekukan.Penemuan ini menunjukkan pembentukan kristal air berubah apabila fikiran ditumpukan secara langsung kepada air tersebut. Justeru, air yang didedahkan pada perkataan "sayang" atau "cinta" menghasilkan bentuk yang sempurna, berseri-seri dan sangat indah berbanding molekul air yang datang dari sumber tercemar.Perkataan negatif seperti "syaitan" memberi bentuk molekul air yang tidak teratur, berselerakan dan kelihatan hodoh. Seterusnya pendedahan terhadap pemikiran, emosi dan sikap memberi impak terhadap molekul-molekul air.
Hasil kajian ini dimuatkan dalam buku Messages from Water 1 and 2. Buku T
he Hidden Messages in Water yang diterbitkan di Jepun telah terjual sebanyak 400,000 naskah di seluruh dunia."Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apakah ia dijadikan. Dia dijadikan daripada air yang terpancar. Yang keluar dari di antara tulang punggung lelaki dan tulang dada perempuan." (Surah At-Thariq ayat 5 hingga 7)
Cerita Air Lagi, Sambungan
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya " Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik... maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
PETUA PENTING PERSEDIAAN BAHAN UBAT
1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; " Assalammu'alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)"
2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut
3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).
4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.
5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.
6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka'abah (anti clock wise).
JENIS-JENIS AIR UNTUK RAWATAN
Bahan asas utama untuk semua jenis rawatan ialah air. Berikut ialah senarai jenis air mengikut turutan yang paling baik;
1. Air Zam-zam (yang paling baik)
2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.
3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk
4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
5. Air Mineral semulajadi
6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci
Tuesday, May 20, 2008
MUKJIZAT AIR
Posted by sumayah at 9:48 PM 0 comments
Monday, May 19, 2008
Tuesday, May 6, 2008
TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedaratau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akanberhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyutdengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akanlenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluangterbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diridengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudahmati.
TANDA 40 HARITanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kitaakan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kitaakan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuatpersediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikutikita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akanmemperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, merekayang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untukmencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akandicabutnya.
TANDA 7 HARIAdapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secaratiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARIPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kitaiaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan makaberpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungibanyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akanmemandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagiorang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapatdikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layudimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dansukar ditegakkan.
TANDA 1 HARIAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satudenyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana inimenandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokanharinya.
TANDA AKHIRAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejukdi bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnyaakan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiamdiri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kitakembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarangakan mematikan pula.
"Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT, di situlah akan bermula segala kebaikan tercipta. Hati yang membisikkan pada kita supaya bertaubat, melupakan segala yang berlalu dan memulakan hidup baru. .."
Hati bersih kembalikan cahaya iman, Islam
Dr Juanda Jaya
SETIAP hamba pasti pernah melalui hari mendung dalam hidupnya. Ketika itu dia akan berada dalam zon iman yang lemah dan keadaan itu membuat dirinya sangat tertekan. Apakah mungkin hidupnya boleh tenang jika hubungan dia dengan Allah Taala terancam?
Banyak sebab yang menyumbang kepada keadaan seperti itu. Antaranya ialah jika kita terlalu obses terhadap dunia hingga melupakan matlamat sebenar hidup ini. Tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT kerana hati anda masih lagi hidup dan berasa sempit apabila menyedari kealpaan yang lalu. Anda masih memiliki semangat untuk bangkit mencari iman yang hilang. Tetapi persoalannya, di manakah kita boleh menemukan iman yang hilang itu? Ada beberapa tempat yang boleh kita kunjungi untuk mencari keimanan sejati. Antaranya; Di hati kita sendiri. Sesiapa yang mahu memperbaiki diri mesti melihat ke dalam lubuk hatinya. Di situlah asal mula kebaikan bercambah menjadi benih yang baik. Hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuannya, kenapa kamu lakukan itu dan ini? Untuk siapa dan apa faedahnya? Hanya ada satu zat yang dapat menguatkan hati kita, apabila kita bersandar padaNya maka hilanglah segala beban yang menyesakkan dada. Siapakah yang kita cari jika hati terlalu sedih? Siapakah yang kita tuju jika mara bahaya telah mengepung dari segenap penjuru? Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." – (Surah Yunus: Ayat 107). Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT, di situlah akan bermula segala kebaikan tercipta. Hati yang membisikkan pada kita supaya bertaubat, melupakan segala yang berlalu dan memulakan hidup baru. Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah SWT, tempat berkumpul rahmat dan hidayah-Nya bagi mengikis segala syahwat yang melekat di dindingnya. Jika hati boleh disentuh umpama mangkuk kristal yang mahal, tuan empunya sudah tentu menjaganya dengan penuh kasih sayang. Jangan ada debu yang melekat, sentiasa dibersih dan diletak pada tempat yang aman. Tiada tangan kotor yang mampu menjamah. Tapi sayang hati itu begitu murah pada pandangan manusia yang lalai, di biarkan retak menanti pecah berderai oleh dosa yang hitam. Masihkah ada peluang bagi kita membersih hati yang dicipta Allah SWT untuk merasai sejuta nikmat. Nikmat iman dan Islam, nikmat kebahagiaan dan ketenangan. Al-Fudail bin 'Iyadh berkata: "Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Dia akan memperbaiki amal perbuatanmu. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain." Iman yang hilang dan kehidupan sempit itu akan segera berakhir jika kita bersedia memperbaiki hubungan kita dengan Allah Taala. Melicinkan hati dari debu yang melekat, kerana tiada seorangpun yang sanggup menderita tanpa cahaya iman. Berbuat adil terhadap diri sendiri. Adakalanya penyakit jasmani dan mental menyerang manusia silih berganti. Bukankah itu petanda wujudnya kezaliman yang kita lakukan pada diri sendiri? Pemakanan yang tidak seimbang dan rehat yang tidak mencukupi menjadi punca kurangnya daya kekebalan tubuh. Tekanan dalam menempa karier dan kerjaya, hubungan yang tegang dengan orang lain menjadi sebab tekanan berlarutan. Tetapi adakah kita juga merasai antara sebab tekanan dalam hidup ini ialah tidak tersedianya ilmu yang cukup, iman yang kebal dan ibadat yang ikhlas? Anda boleh meminta nasihat doktor pakar atau mencari ubat alternatif yang menjadi gaya hidup manusia moden seperti rileks di spa dan melanggan pelbagai terapi yang diuji keberkesanannya. Semua itu ikhtiar yang baik selagi tidak menyalahi syarak. Namun jangan mudah melupakan keperluan diri kita yang lain. Kalau hanya jasmani yang diambil berat, maka akan muncul ketidakseimbangan dalam hidup anda. Bagaimana dengan rohani sudahkah ia diubati? Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menyatakan dalam kitabnya Malamih Al-Mujtamak Al-Muslim: "Islam adalah agama yang realistik, ia berinteraksi dengan manusia secara keseluruhannya sama ada jasmaninya, rohaninya mahu pun akal dan perasaannya. Islam meminta agar semua perkara itu diberi santapan yang cukup dalam batasan sederhana. Jikalau riadah itu menjadi santapan jasmani, ibadat menjadi santapan rohani, ilmu menjadi santapan akal maka seni pula menjadi santapan perasaan." Keadilan dalam Islam cukup jelas ukurannya. Hanya manusia saja yang tidak mampu memberi kesaksamaan untuk dirinya sendiri. Ada yang terlebih mengutamakan dunia hingga melupakan agama, ramai pula yang terpukau oleh ajaran yang menyalahi asas ketulenan Islam itu sendiri.Keadilan untuk diri kita adalah memberi hak kepada seluruh isi tubuh ini dengan sebaik-baiknya. Rasulullah SAW pernah menegur seorang sahabat yang sembahyang sepanjang malam dan berpuasa terus menerus pada siang harinya, sabda baginda SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi jasadmu ada haknya, bagi mata mu ada haknya, bagi keluargamu ada haknya dan bagi tetamu mu ada haknya."– (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Tiada yang lebih menyayangi kita selain Allah Taala dan diri kita sendiri. Jalannya telah ditunjukkan oleh Rasul-Nya SAW iaitu bersihkan hati dan berbuat adil pada tubuh badan ini.Penulis bertugas di Pejabat Mufti Sarawak
Posted by sumayah at 5:06 PM 0 comments
Saturday, May 3, 2008
BUAT INSAN TERSAYANG
Sukar untuk melahirkan perasaan sayang terutama pada insan yang sentiasa ada disisi kita.Kadang-kadang kita terlebih memberi perhatian sehingga perkara yang kecil pun kita mudah terasa bila insan tersayang tersilap atau kurang memberi perhatian terhadap kita. Mengapa ini terjadi ?
Adakah ini nafsu hati ? dugaan buat kita ? atau sikap sendiri yang terlampau ?. Bila difikirkan kita tiada jawapan yang total . MAKA seharusnya kita mengawal nafsu dan akal. Biarlah akal menguasai nafsu bukan nafsu menguasai akal. Jadilah insan yang berguna buat orang yang disekeliling kita terutama orang yang amat memerlukan diri kita.....
SALAM SAYANG BUAT INSAN TERSAYANG...
Posted by sumayah at 6:57 PM 0 comments
Ketenangan dalam kehidupan
Apakah yang kita cari dalam hidup ni?Harta... pangkat... duit berjuta... glmour.. Semuanya
tiada kepuasan dalam diri. Bila difikirkan kita sebenarnya perlu hidup dalam ketenangan jiwa, hati dan fikiran. Bagaimana nak perolehi ketenangan ni.... BUka minda dan fikiran.. kembalilah kita kepada asal keujudan diri kita..... Kepada Allah kita datang kepada Allah kita kembali..
Masalah sentiasa ada dalam hidup kita. amat perlu bagai garam dalam masakan... tiada tawar hambar , terlebih mendatangkan pelbagai penyakit dalam badan. Maka.... kitalah yang mentaksirkan bentuk dan cara mengatasinya...
Hargailah hidup kita ,tenang dalam menghadapi rintangan dekatlah diri kepada yang Esa.. Disitulah ketenangan diperolehi... salam ukuwah.
Posted by sumayah at 6:35 PM 0 comments
Friday, May 2, 2008
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
bila cukup detik kembali kita kepadanya
kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Posted by sumayah at 9:06 PM 0 comments
