BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 1, 2008

SEDEKAH Pendinding api neraka

Pemberian itu merangkumi sedekah dan hadiah. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka ia dinamakan sedekah, tetapi jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah.
Bersedekah adalah di antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan. Anjuran ini tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya, malahan orang-orang yang berpendapatan rendahpun dianjurkan menurut kadar kemampuan masing-masing.
Nabi Sallallahu `alaihi wasallam bersabda :
Maksudnya : "Tangan yang di atas (orang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima)
Mungkin akan timbul persoalan, kepada siapakah orang yang lebih utama diberi sedekah? Walaupun tidak ramai yang mempersoalkan perkara ini tetapi ia penting untuk diketahui.
Kalau berdasarkan firman Allah Surah al-Balad ayat 15, orang yang terlebih utama diberi sedekah ialah anak yatim dan kaum kerabat. Menurut hadis riwayat Bukhari pula orang yang lebih berhak diberi sedekah ialah suami dan anak. Setelah itu barulah bersedekah kepada orang-orang yang salih yang berbuat kebajikan dan yang mempunyai maruah yang baik.
Di antara kelebihan sedekah itu ialah sebagaimana Firman Allah:
Tafsirnya: "Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedah dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
(Surah Al-Baqarah: 272)
Nabi Sallallahu `alaihi wasallam pula bersabda :
Maksudnya: "Siapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan."
(Hadis riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain daripada Anas Radhiallahu ‘anhu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud: "Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahannam."
Begitulah betapa besarnya kelebihan yang akan diperolehi oleh orang-orang yang bersedekah Walau bagaimanapun sedekah yang tersembunyi itu adalah lebih baik dan lebih utama daripada sedekah yag dilakukan secara terang-terangan. Ia lebih dekat kepada keikhlasan yang merupakan roh segala amalan dan ia lebih jauh daripada perasaan ria yang merosakkan amalan.
Firman Allah: Dalam Surah al-Baqarah ayat 271.
Tafsirnya: "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepda orang-orang fakir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu."
Inilah salah satu amalan yang baik untuk dilakukan. Ia bukan saja salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim, malahan akan dapat meringankan bebanan anggota masyarakat yang berhajat dan memerlukan bantuan.

Sunday, October 19, 2008

Asiah Isteri Firaun..

Asiah Isteri Firaun..

Tersebutlah di sebuah negeri Mesir ada satu keluarga yang terkenal dengan orang baik baik dan soleh iaitu Keluarga Imran yang bernama Siti Asiah,ia terkenal dengan kebaikkannya dan ketaatannya kepada Allah,juga kerana kecantikkannya.Maka tidak hairanlah ramai yang berkenan kepadanya terutama pemuda yang tertarik dengan keperibadiannya dan kecantikkannya.Akan tetapi mereka segan untuk meminangnya,begitulah Siti Asiah yang menjadi buah mulut ketika itu.Khabar tentang Siti Asiah ini akhirnya sampai pula ke telinga firaun,dan tergeraklah hati firaun untuk memperisterikan Siti Asiah.Maka diutuskan seoarng menteri bernama Haman untuk menyelidiki berita Siti Aisah.Kemudian Haman datanglah menemui Siti Asiah dan kedua orang tuanya dengan maksud menceritakan kehendak firaun.Kedua orang tuanyamenerima kedatangan dan maksud firaun,tetapi Siti Asiah tidak menerima lamaran firaun kerana dia merupakan salah seoarng tokoh yang ingkar kepada Allah SWT..dan raja yang zalim.Itulah yang diucapkan kepada orang tuanya.Sehari selepas itu Haman datang kembali kepada orang tua Siti untuk menanyakan tentang lamaran Firaun.Kemudian kehendak siti disampaikan oleh keduaorang tuanya kepada wakil firaun.Mendengar permintaan firaun itu itolak,maka betapa marahnya orang itu,ia mencaci maki kedua orang tua siti sehingga tuan rumah menjadi terkejut atas tingkah laku orang itu.Siti Asiah berdoa agar tridak terjadi apa-apa yang tidak diingini terhadap oang tuanya.Kemudian dengan kasar utusn firaun itu pulang dengan perasaan kecewa mereka kembali ke istana menyampaikan khabar itu kepada firaun.Setelah menerima berita dari utusannya itu,Firaun menjadi marah,sehingga ia bertindak secara kekerasan terhadap Siti Asiah.Maka ke esokkan harinya,utusan lain dipanggil oleh firaun untuk menyampaikan surat perintah darinya untuk menangkap kedua orang tua siti,maka kedua orang tuanya diseksa dan dirantai,juga diperlakukan secara kasar lalu di bawa ke istana .akhirnya mereka dimasukkan ke penjara..Setelah kedua orang tua nya diseksa,maka hari itu juga sitri Asiah ditangkap dengan kekerasan dibawake istana.Setelah samapai di istana ia tdiak dapat berkata apa-apa,namun yang ia khuatirkan adalah memikirkan nasib kedua orang tuanya...Maka setelah Siti Aishah berada di hadapan Firaun dengan kedua dua tangan terikat lalu kedua orang tuanya pun dibawa dari dalam penjara dipertemukan dengan anaknya.Sungguh tragedi yang sangat menyedihkan saat itu.Kemudian Firaun berkata: "Hai Asiah,jika engkau seorang anak yang baik,tentu engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih antara dua,kalau engkau terima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan aku akan bebaskan orang tuamu.Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."Akhirnya dengan ancaman itu,maka Siti Asiah bersedia menerima pinangan Firaun akan tetapi Siti Asiah pun mengajukan kehendaknya kepada Firaun iaitu:1.Bahawa firaun harus membebaskan kedua orang tuanya.2.Harus membuatkan rumah yang indah lengkap,dengan perkakasnya3.Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatannya beserta makan dan minumnya.4.Bahawa Siti Asiah bersedia menjadi isteri Firaun hadir pada acara-acara tertentu sebagaimana lazimnya seorang isteri raja,akan tetapi Siti Asiah tidak bersedia tidur bersama Firaun.Jika permintaan-permintaan Siti Asiah tidak dipenuhi,ia rela mati dibunuh bersama kedua orang tuanya.Akhirnya Firaun mengabulkan atau memenuhi permintaan Siti Asiah.Dan mmerintahkan kepada Haman untuk membuka rantai belenggu yang ada di tangan dan kaki baik Siti Asiah mahupun kedua orang tuanya.Kini Siti Asiah hidup bersama Firaun dalam istana yang indah dan kemegahan.Akan tetapi bagai Siti Asiah tidaklah membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadinya dan tidak pula terbawa arus adat jahiliyah.Ia tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam.Hampir setiap saat terutama di malam hari ia selalu beribadah kepada Allah swt agar segala kehormatannya jangans ampai disentuh oleh orang-orang kafir sekalipun suaminya (firaun),juga ia rela berkorban demi kepuasan dan ketenangan hidup orang tuanya.Sehingga untuk menyelamatkan Siti Asiah,Allah SWT memberikan pertolongan kepadanya untuk mencegah kebiadapan Firaun dan demi menjaga kehormatannya, Allah SWT MENCIPTAKAN IBLIS YANG MENYAMAR DIRINYA SEPERTI RUPA SITI ASIAH UNTUK TIDUR BERSAMA FIRAUN



Rabiyatul Adawiyyah al basriyyah..

Tazkiratul-Auliya Oleh Syeikh Fariduddin 'Attar- Sufi Agung Dari Iran . Ibubapa Rabia'atul-Adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah mereka tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk membalut badan beliau. Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jiran. tetapi bapa beliau telah membuat keputusan tidak akan meminta kepada sesiapa kecuali kepada Allah. Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong. Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya, "[i]Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa Amir Basrah dan beri dia sepucuk surat yang bertulis - kamu hendaklah berselawat kepada Nabi seratus kali tiap-tiap malam dan empat ratus kali tiap-tiap malam Jumaat. Tetapi oleh kerana kamu tidak mematuhi peraturan pada hari Khamis sudah, maka sebagai dendanya kamu hendaklah membayar kepada pembawa surat ini empat ratus dinar." [/i]Bapa Rabi'atul-Adawiyyah pun terus terjaga dari tidur dan pergi berjumpa dengan Amir tersebut, dengan air mata kesukaan mengalir di pipinya. Amir sungguh berasa gembira membaca surat itu dan faham bahawa beliau ada dalam perhatian Nabi. Amir pun memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar dan dengan gembira memberi bapa Rabi'atul-Adawiyyah sebanyak empat ratus dinar. Amir itu meminta supaya bapa Rabi'atul-adawiyyah selalu mengunjungi beliau apabila hendakkan sesuatu kerana beliau sungguh berasa bertuah dengan kedatangan orang yang hampir dengan Allah. Selepas bapanya meninggal dunia, Basrah dilanda oleh kebuluran. Rabi'atul-adawiyyah berpisah dari adik-beradiknya. Suatu ketika kafilah yang beliau tumpangi itu telah diserang oleh penyamun. Ketua penyamun itu menangkap Rabi'atul-Adawiyyah untuk dijadikan barang rampasan untuk dijual ke pasar sebagai abdi. Maka lepaslah ia ke tangan tuan yang baru. Suatu hari, tatkala beliau pergi ke satu tempat atas suruhan tuannya, beliau telah dikejar oleh orang jahat. Beliau lari. Tetapi malang, kakinya tergelincir dan jatuh. Tangannya patah. Beliau berdoa kepada Allah, [i]"Ya Allah! Aku ini orang yatim dan abdi. Sekarang tanganku pula patah. tetapi aku tidak peduli segala itu asalkan Kau redho denganku. tetapi nyatakanlah keridhoanMu itu padaku." [/i]Tatkala itu terdengarlah suatu suara, "[i]Tak mengapa semua penderitaanmu itu. Di hari akhirat kelak kamu akan ditempatkan di peringkat yang tinggi hinggakan Malaikat pun kehairanan melihatmu." [/i]Kemudian pergilah ia semula kepada tuannya. Selepas peristiwa itu, tiap-tiap malam ia menghabiskan masa dengan beribadat kepada Allah, selepas melakukan kerja-kerjanya. Beliau berpuasa berhari-hari. Suatu hari, tuannya terdengar suara rayuan Rabi'atul-Adawiyyah di tengah malam yang berdoa kepada Allah; "Tuhanku! Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa, wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa malam dan siang dengan melakukan ibadat kepadaMu. tetapi apa yang boleh aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia." Dilihat oleh tuannya itu suatu pelita yang bercahaya terang tergantung di awang-awangan, dalam bilik Rabi'atul-Adawiyyah itu, dan cahaya itu meliputi seluruh biliknya. Sebentar itu juga tuannya berasa adalah berdosa jika tidak membebaskan orang yang begitu hampir dengan Tuhannya. sebaliknya tuan itu pula ingin menjadi khadam kepada Rabi'atul-adawiyyah. Esoknya, Rabi'atul-Adawiyyah pun dipanggil oleh tuannya dan diberitahunya tentang keputusannya hendak menjadi khadam itu dan Rabi'atul-adawiyyah bolehlah menjadi tuan rumah atau pun jika ia tidak sudi bolehlah ia meninggalkan rumah itu. Rabi'atul-Adawiyyah berkata bahawa ia ingin mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya bersetuju. Rabi'atul-Adawiyyah pun pergi. Suatu masa Rabi'atul-Adawiyyah pergi naik haji ke Mekkah. Dibawanya barang-barangnya atas seekor keldai yang telah tua. Keldai itu mati di tengah jalan. Rakan-rakannya bersetuju hendak membawa barang -barangnya itu tetapi beliau enggan kerana katanya dia naik haji bukan di bawah perlindungan sesiapa. Hanya perlindungan Allah S.W.T. Beliau pun tinggal seorang diri di situ. Rabi'atul-Adawiyyah terus berdoa, "Oh Tuhan sekalian alam, aku ini keseorangan, lemah dan tidak berdaya. Engkau juga yang menyuruhku pergi mengunjungi Ka'abah dan sekarang Engkau matikan keldaiku dan membiarkan aku keseorangan di tengah jalan." Serta-merta dengan tidak disangka-sangka keldai itu pun hidup semula. Diletaknya barang-barangnya di atas keldai itu dan terus menuju Mekkah. Apabila hampir ke Ka'abah, beliau pun duduk dan berdoa, "Aku ini hanya sekepal tanah dan Ka'abah itu rumah yang kuat. Maksudku ialah Engkau temui aku sebarang perantaraan." Terdengar suara berkata, [b]"Rabi'atul-Adawiyyah, patutkah Aku tunggangbalikkan dunia ini kerana mu agar darah semua makhluk ini direkodkan dalam namamu dalam suratan takdir? Tidakkah kamu tahu Nabi Musa pun ada hendak melihatKu? Aku sinarkan cahayaKu sedikit sahaja dan dia jatuh pengsan dan Gunung Sinai runtuh menjadi tanah hitam." [/b]Suatu ketika yang lain, semasa Rabi'atul-Adawiyyah menuju Ka'abah dan sedang melalui hutan, dilihatnya Ka'abah datang mempelawanya. Melihatkan itu, beliau berkata, "[b]Apa hendakku buat dengan Ka'abah ini; aku hendak bertemu dengan tuan Ka'abah (Allah) itu sendiri. Bukankah Allah juga berfirman iaitu orang yang selangkah menuju Dia, maka Dia akan menuju orang itu dengan tujuh langkah? Aku tidak mahu hanya melihat Ka'abah, aku mahu Allah." [/b]Pada masa itu juga, Ibrahim Adham sedang dalam perjalanan ke Ka'abah. Sudah menjadi amalan beliau mengerjakan sembahyang pada setiap langkah dalam perjalanan itu. Maka oleh itu, beliau mengambil masa empat belas tahun baru sampai ke Ka'bah. Apabila sampai didapatinya Ka'abah tidak ada. Beliau sangat merasa hampa. Terdengar olehnya satu suara yang berkata, "Ka'abah itu telah pergi melawat Rabi'atul -Adawiyyah." Apabila Ka'bah itu telah kembali ke tempatnya dan Rabi'atul-Adawiyyah sedang menongkat badannya yang tua itu kepada kepada tongkatnya, maka Ibrahim Adham pun pergi bertemu dengan Rabi'atul-Adawiyyah dan berkata; "Rabi'atul-adawiyyah, kenapa kamu dengan perbuatanmu yang yang ganjil itu membuat haru-biru di dunia ini?" Rabi'atul-Adawiyyah menjawab; "Saya tidak membuat satu apa pun sedemikian itu, tetapi kamu dengan sikap ria (untkl mendapat publisiti) pergi ke Ka'abah mengambil masa empat belas tahun." Ibrahim mengaku yang ia sembahyang setiap langkah dalam perjalanannya. Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Kamu isi perjalananmu itu dengan sembahyang, tetapi aku mengisinya dengan perasaan tawaduk dan khusyuk." Tahun kemudiannya, lagi sekali Rabi'atul-Adawiyyah pergi ke Ka'abah. Beliau berdoa; "Oh Tuhan! Perlihatkanlah diriMu padaku." Beliau pun berguling-guling di atas tanah dalam perjalanan itu. Terdengar suara; "[b]Rabi'atul-Adawiyyah, hati-hatilah, jika Aku perlihatkan diriKu kepadamu, kamu akan jadi abu." [/b]Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, [b]"Aku tidak berdaya memandang Keagungan dan KebesaranMu, kurniakanlah kepadaku kefakiran (zahid) yang mulia di sisiMu[/b]." Terdengar lagi suara berkata, "[b]Kamu tidak sesuai dengan itu. Kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk lelaki yang memfanakan diri mereka semasa hidup mereka kerana Aku dan antara mereka dan Aku tidak ada regang walau sebesar rambut pun, Aku bawa orang-orang demikian sangat hampir kepadaKu dan kemudian Aku jauhkan mereka, apabila mereka berusaha untuk mencapai Aku. Rabi'atul-adawiyyah, antara kamu dan Aku ada lagi tujuh puluh hijab atau tirai. Hijab ini mestilah dibuang dulu dan kemudian dengan hati yang suci berhadaplah kepadaKu. Sia-sia sahaja kamu meminta pangkat fakir dari Aku." [/b]Kemudian suara itu menyuruh Rabi'atul-Adawiyyah melihat ke hadapan. Dilihatnya semua pandangan telah berubah. Dilihatnya perkara yang luar biasa. Di awang-awangan ternampak lautan darah yang berombak kencang. Terdengar suara lagi, "Rabi'atul-Adawiyyah, inilah darah yang mengalir dari mata mereka yang mencintai Kami (Tuhan) dan tidak mahu berpisah dengan Kami. Meskipun mereka dicuba dan diduga, namun mereka tidak berganjak seinci pun dari jalan Kami dan tidak pula meminta sesuatu dari Kami. Dalam langkah permulaan dalam perjalanan itu, mereka mengatasi semua nafsu dan cita-cita yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Mereka beruzlah (memencilkan diri) dari dunia hingga tidak ada sesiapa yang mengetahui mereka. Begitulah mereka itu tidak mahu publisiti (disebarkan kepada umum) dalam dunia ini." Mendengar itu, Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Tuhanku! Biarkan aku tinggal di Ka'abah." Ini pun tidak diberi kepada beliau. Beliau dibenarkan kembali ke Basrah dan menghabiskan umurnya di situ dengan sembahyang dan memencilkan diri dari orang ramai. Suatu hari Rabi'atul-Adawiyyah sedang duduk di rumahnya menunggu ketibaan seorang darwisy untuk makan bersamanya dengan maksud untuk melayan darwisy itu, Rabi'atul-Adawiyyah meletakkan dua buku roti yang dibuatnya itu di hadapan darwisy itu. Darwisy itu terkejut kerana tidak ada lagi makanan untuk Rabi'atul-Adawiyyah.Tidak lama kemudian, dilihatnya seorang perempuan membawa sehidang roti dan memberinya kepada Rabi'atul-Adawiyyah menyatakan tuannya menyuruh dia membawa roti itu kepada Rabi'atul-Adawiyyah. Rabi'atul-Adawiyyah bertanya berapa ketul roti yang dibawanya itu. Perempuan itu menjawab, "Lapan belas." Rabi'atul-Adawiyyah tidak mahu menerima roti itu dan disuruhnya kembalikan kepada tuannya. Perempuan itu pergi. Kemudian datang semula. Rabi'atul-Adawiyyah menerima roti itu selepas diberitahu bahawa ada dua puluh ketul roti dibawa perempuan itu. Darwisy itu bertanya kenapa Rabi'atul-Adawiyyah enggan menerima dan kemudian menerima pula. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Allah berfirman dalam Al-Quran iaitu : [b]"Orang yang memberi dengan nama Allah maka Dia akan beri ganjaran sepuluh kali ganda. Oleh itu, saya terima hadiah apabila suruhan dalam Al-Quran itu dilaksanakan." [/b]Suatu hari Rabi'atul-Adawiyyah sedang menyediakan makanan. Beliau teringat yang beliau tidak ada sayur. Tiba-tiba jatuh bawang dari bumbung. Disepaknya bawang itu sambil berkata, "Syaitan! Pergi jahanam dengan tipu-helahmu. Adakah Allah mempunyai kedai bawang?" Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Aku tidak pernah meminta dari sesiapa kecuali dari Allah dan aku tidak terima sesuatu melainkan dari Allah." Suatu hari, Hassan Al-Basri melihat Rabi'atul-Adawiyyah dikelilingi oleh binatang liar yang memandangnya dengan kasih sayang. Bila Hassan Al-Basri pergi menujunya, binatang itu lari. Hassan bertanya, "Kenapa binatang itu lari?" Sebagai jawapan, Rabi'atul-adawiyyah bertanya, "Apa kamu makan hari ini?" Hassan menjawab, "Daging." Rabi'atul- Adawiyyah berkata, Oleh kerana kamu makan daging, mereka pun lari, aku hanya memakan roti kering." Suatu hari Rabi'atul-Adawiyyah pergi berjumpa Hassan Al-Basri. Beliau sedang menangis terisak-isak kerana bercerai (lupa) kepada Allah. Oleh kerana hebatnya tangisan beliau itu, hingga air matanya mengalir dilongkang rumahnya. Melihatkan itu, Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Janganlah tunjukkan perasaan sedemikian ini supaya batinmu penuh dengan cinta Allah dan hatimu tenggelam dalamnya dan kamu tidak akan mendapati di mana tempatnya." Dengan penuh kehendak untuk mendapat publisiti, suatu hari, Hassan yang sedang melihat Rabi'atul-Adawiyyah dalam satu perhimpunan Aulia' Allah, terus pergi bertemu dengan Rabi'atul-Adawiyyah dan berkata, "Rabi'atul-adawiyyah, marilah kita meninggalkan perhimpunan ini dan marilah kita duduk di atas air tasik sana dan berbincang hal-hal keruhanian di sana." Beliau berkata dengan niat hendak menunjukkan keramatnya kepada orang lain yang ia dapat menguasai air (seperti Nabi Isa a.s. boleh berjalan di atas air). Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Hassan, buangkanlah perkara yang sia-sia itu. Jika kamu hendak benar memisahkan diri dari perhimpunan Aulia' Allah, maka kenapa kita tidak terbang sahaja dan berbincang di udara?" Rabi'atul-adawiyyah berkata bergini kerana beliau ada kuasa berbuat demikian tetapi Hassan tidak ada berkuasa seperti itu. Hassan meminta maaf. Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Ketahuilah bahawa apa yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat dan jika aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara yang luarbiasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan-santun terhadap Allah." Seorang hamba Allah bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah tentang perkara kahwin. Beliau menjawab, "[i]Orang yang berkahwin itu ialah orang yang ada dirinya. Tetapi aku bukan menguasai badan dan nyawaku sendiri. Aku ini kepunyaan Tuhanku. Pintalah kepada Allah jika mahu mengahwini aku." [/i]Hassan Al-Basri bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah bagaimana beliau mencapai taraf keruhanian yang tinggi itu. Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Aku hilang (fana) dalam mengenang Allah." Beliau ditanya, "Dari mana kamu datang?" Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Aku datang dari Allah dan kembali kepada Allah." Rabi'atul-Adawiyyah pernah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. Dan baginda bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengingatnya sebagai sahabat. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "[b]Siapa yang tidak kenal kepada tuan? Tetapi apakan dayaku. Cinta kepada Allah telah memenuhi seluruhku, hinggakan tidak ada ruang untuk cinta kepadamu atau benci kepada syaitan." [/b]Orang bertanya kepada Rabi'atul-adawiyyah, "Adakah kamu lihat Tuhan yang kamu sembah itu? Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Jika aku tidak lihat Dia, aku tidak akan menyembahNya." Rabi'atul-Adawiyyah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya kepadanya sebab beliau menangis. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Aku takit berpisah walau sedetik pun dengan Tuhan dan tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafas terakhir - jauhkan dia dariKu kerana dia tidak layak berada di majlisKu." Allah suka dengan hambaNya yang bersyukur apabila ia berusaha sepertimana ia bersyukur tatkala menerima kurniaNya (iaitu ia menyedari yang ia tidak sanggup berusaha untuk Allah tanpa pertolongan dan kurniaan Allah). Seorang bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah, "Adakah Allah menerima taubat orang yang membuat dosa?" Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Itu hanya apabila Allah Mengurniakan kuasaNya kepada pembuat dosa itu yang ia digesa untuk mengakui dosanya dan ingin bertaubat. Hanya dengan itu Allah akan menerima taubatnya kerana dosa yang telah dilakukannya." Sholeh Al-Qazwini selalu mengajar muridnya, "Siapa yang selalu mengetuk pintu rumah seseorang akhirnya satu hari pintu itu pasti akan dibuka untuknya." Satu hari Rabi'atul-Adawiyyah mendengar beliau bercakap demikian. Rabi'atul-adawiyyah pun berkata kepada Sholeh, "Berapa lama kamu hendak berkata demikian menggunakan perkataan untuk masa depan (Future tense) iaitu "Akan dibuka"? Adakah pintu itu pernah ditutup? Pintu itu sentiasa terbuka." Sholeh mengakui kebenarannya itu. Seorang hamba Allah berteriak, "Aduh sakitnya!" Rabi'atul-Adawiyyah bertemu dengan orang itu dan berkata, "Oh! bukannya sakit." Orang itu bertanya kenapa beliau berkata begitu. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Kerana sakit itu adalah satu nikmat bagi orang yang sangat mulia di sisi Allah. Mereka merasa seronok menanggung sakit itu." Suatu hari rabi'atul-adawiyyah sedang melihat orang sedang berjalan dengan kepalanya berbalut. Beliau bertanya kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala. Rabi'atul-Adawiyyah bertanya, "Berapa umurmu?" Jawab orang itu, "Tiga puluh." Rabi'atul-Adawiyyah bertanya lagi, "Hingga hari ini begaimana keadaanmu?" Kata orang itu, "Sihat-sihat sahaja." Rabi'atul-Adawiyyah pula berkata, "Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!" Suatu hari khadamnya berkata, "Puan, keluarlah dan mari kita melihat keindahan kejadian Tuhan di musim bunga ini.' Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "[b]Duduklah dalam rumah seperti aku berseorangan dan melihat yang menjadikan. Aku lihat Dia dan bukan kejadianNya." [/b]Suatu hari, orang bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah kenapa beliau tidak menyimpan pisau dalam rumahnya. Beliau menjawab, "Memotong itu adalah kerja pisau. Aku takut pisau itu akan memotong pertalian aku dengan Allah yang ku cintai." Suatu masa Rabi'atul-Adawiyyah berpuasa selama lapan hari. Pada hari terakhir, beliau merasa lapar sedikit. Datang seorang hamba Allah membawa minuman yang manis dalam sebuah cawan. Rabi'atul-Adawiyyah ambil minuman itu dan meletakkannya di atas lantai di satu penjuru rumahnya itu. Beliau pun pergi hendak memasang lampu. Datang seekor kucing lalu menumpahkan minuman dalam cawan itu. Melihat itu, terfikirlah Rabi'atul-Adawiyyah hendak minum air sahaja malam itu. Tatkala ia hendak mencari bekas air (tempayan), lampu pun padam. Bekas air itu jatuh dan pecah airnya bertaburan di atas lantai. Rabi'atul-adawiyyah pun mengeluh sambil berkata, "Tuhanku! Kenapa Kau lakukan begini kepadaku?" Terdengar suara berkata, "[b]Rabi'atul-Adawiyyah, jika kamu hendakkan kurnia dunia, Aku boleh berikan padamu, tetapi akan menarik balik darimu siksaan dan kesakitan yang Aku beri padamu. Kurnia dunia dan siksaan Aku tidak boleh duduk bersama-sama dalam satu hati. Rabi'atul-Adawiyyah, kamu hendak satu satu perkara dan Aku hendak satu perkara lain. Dua kehendak yang berlainan tidak boleh duduk bersama dalam satu hati." [/b]Dengan serta-merta beliau pun membuangkan kehendak kepada keperluan hidup ini, seperti orang yang telah tidak berkehendakkan lagi perkara-perkara dunia ini semasa nyawa hendak bercerai dengan badan. Tiap-tiap pagi beliau berdoa, "[b]Tuhan! Penuhilah masaku dengan menyembah dan mengingatMu agar orang lain tidak mengajakku dengan kerja-kerja lain[/b]." Rabi'atul-Adawiyyah ditanya, "Kenapa kamu sentiasa menangis-nangis?" Beliau menjawab, "Kerana ubat penyakit ini ialah berdampingan dengan Tuhan." "Kenapa kamu memakai pakainan koyak dan kotor?" Beliau ditanya lagi, "Kamu ada kawan yang kaya, dan dia boleh memberimu pakaian baru." Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Aku berasa malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua yang memiliki segala- galanya." Orang berkata, "Rabi'atul-Adawiyyah, Tuhan mengurniakan ilmu dan kenabian kepada lelaki, dan tidak pernah kepada perempuan, tentu kamu tidak dapat mencapai pangkat kewalian yang tinggi itu (kerana perempuan). Oleh itu apakah faedahnya usaha kamu menuju ke taraf tersebut?" Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Apa yang kamu kata itu benar, tetapi cubalah katakan kepadaku siapakah perempuannya yang telah mencapai taraf kehampiran dengan Allah dan lalu berkata, "Akulah Yang Hak". Di samping itu tidak ada orang "kasi" yang perempuan. Hanya didapati dalam kaum lelaki sahaja." Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Seorang perempuan yang sentiasa bersembahyang kerana Allah adalah lelaki dan bukan perempuan." Satu hari Rabi'atul-Adawiyyah jatuh sakit. Orang bertanya kepadanya sebab ia sakit. Beliau berkata, "Hatiku cenderung hendak mencapai Syurga, satu hari yang lampau. Kerana itu, Allah jatuhkan sakit ini sementara sebagai hukuman." Hassan Al-Basri datang berjumpa Rabi'atul-Adawiyyah yang sedang sakit. Di pintu rumah beliau itu, Hassan bertemu dengan Amir Al-Basri yang sedang duduk dengan sebuah beg mengandungi wang. Amir itu menangis. Apabila ditanya kenapa beliau menangis, beliau menjawab, "Aku hendak menghadiahkan wang kepada Rabi'atul-Adawiyyah, tetapi aku tahu dia tidak akan menerimanya. Kerana itulah aku menangis. Bolehkah kamu menjadi pengantara dan meminta dia menerima hadiahku ini?" Hassan pun pergilah membawa wang itu kepada Rabi'atul-Adawiyyah dan meminta beliau menerima wang itu. Tetapi Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "[b]Oleh kerana aku telah kenal Allah, maka aku tidak lagi mahu bersembang dengan manusia dan tidak menerima hadiah dari mereka dan juga tidak mahu memberi apa-apa kepada mereka. Di samping itu aku tidak mahu sama ada wang itu didapatinya secara halal atau haram." [/b]Sufyan Al-Thauri berkata, "Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?" Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?" Malik bin Dinar pergi mengunjungi Rabi'atul-adawiyyah satu hari. Dilihatnya dalam rumah Rabi'atul-Adawiyyah satu balang yang pecah dan mengandungi air untuk minum dan mengambil wuduk, satu bata sebagai bantal dan tikar yang buruk sebagai alas tempat tidur. Malik berkata, "Jika kamu izinkan, boleh aku suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian." Rabi'atul-Adawiyyah menjawab; "Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, dan Tuhan lain pula menanggung kawanmu itu? Jika tidak, adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya? Sebenarnya Allah itu tidak lupa kepada siapa pun. Kita tidak perlu memberi ingat kepada Tuhan itu. Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Dia yang memberi kurnia dan Dia juga yang menahan kurnia itu." Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Orang yang cinta kepada Allah itu hilang dalam melihat Allah hingga kesedaran kepada yang lain lenyap darinya dan Dia tidak boleh membezakan mana sakit dan mana senang." Seorang Wali Allah datang dan merungut tentang dunia. Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia, kerana orang yang bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah dia cenderung kepada perkara tersebut." Satu hari, Sufyan Al-Thauri pergi berjumpa Rabi'atul-adawiyyah. Rabi'atul-Adawiyyah menghabiskan masa malam itu dengan sembahyang. Apabila sampai pagi, beliau berkata, "Pujian bagi Allah yang telah memberkati kita dapat sembahyang sepanjang malam. Untuk tanda kesyukuran, marilah kita puasa pula sepanjang hari ini." Rabi'atul-Adawiyyah selalu berdoa demikian, [b]"Tuhanku! Apa sahaja yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa sahaja kebaikan yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang berIman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat Syurga atau Neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja." [/b]Sufyan Al-Thauri menghabiskan masa sepanjang malam bercakap-cakap tentang ibadat kepada Allah dengan Rabi'atul-Adawiyyah. Di pagi hari Al-Thauri berkata, "Kita telah menghabiskan masa malam tadi dengan sebaik-baiknya." Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Tidak, kita habiskan masa dengan sia-sia kerana sepanjang percakapan itu kamu berkata perkara-perkara yang memuaskan hatiku sahaja dan aku pula memikirkan perkara yang kamu sukai pula. Masa itu kita buang tanpa mengenang Allah. Adalah lebih baik jika aku duduk seorang diri dan menghabiskan masa malam itu dengan mengenang Allah." Rabi'atul-Adawiyyah berkata; "[b]Doaku padaMu ialah sepanjang hayatku berilah aku dapat mengingatMu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandangMu[/b]."[b]Ya Allah, Kurnialah kepadaku Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu; dan apa sahaja yang membawa aku hampir kepada CintaMu; dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga..[/b]Ya Allah, di manakah diriku ini di sisiMu..aku benar-benar insaf..:cry:

ROH DI BULAN RAMADHAN

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini,
akumenghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulanRamadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadithRasulullah..(maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini)..menceritakanapabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohonkepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.
Ada roh yang dibenarkanpulangke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulangadalahkerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun adapenjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidakdibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akanterus di penjara di Luh Mahfuz.Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukanadalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudianmereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat hartapusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapanorang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalanmereka.Perkaraini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saatini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulangsemula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yangmasih hidup.Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kuburmembuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukankesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masihhidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal duniamasih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yangsoleh,ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah" Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu,Damai la engkau disana di bawah rahmatdan kasih sayang-Nya,Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari...Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi"

Wednesday, October 15, 2008

SIAPA KITA SEBENARNYA .............


Kita Sebenarnya.......

Kita sebenarnya....
Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..
Kita sebenarnya....
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
Kita sebenarnya....
Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
Kita sebenarnya....
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
Kita sebenarnya....
Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
Kita sebenarnya....
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..
Kita sebenarnya....
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
Kita sebenarnya....
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
Kita sebenarnya....
Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
Kita sebenarnya....
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..
Kita sebenarnya....
Lebih suka cakap yang bukan2 daripada menyebut MasyaAllah..
Kita sebenarnya....
Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..
Kita sebenarnya....
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..
Kita sebenarnya....
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..
TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita,
kita pasti akan jawab kita sebenarnya..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Saturday, August 23, 2008

AYAT-AYAT CINTA

Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh baik ia lelaki mahupun perempuan sedangkan ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun. An-Nisaa’ (4):124

Dan syurga itu diberikan kepada kamu berdasarkan amal yang telah kamu kerjakan.Az-Zuhruf (43):72

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalahSyurga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal didalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.Al-Kahfi (18):107,108

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam syurgaAn-Nisaa’ (4):57

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal oaleh, kami tidakmemikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.Al-A’raaf (7):42

“Hadis Riwayat Ahmad & Tarmidzi “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.” Hadis Riwayat Muslim


Ayat Ayat Cinta Al-Quran dan Petunjuk Sepanjang Zaman

Al-Fatihah1:1-7(Al-fatihah)

AlBaqarah
2:30(Manusia sebagai Khalifah dibumi),
2:153(Mohon pertolongan dengan Sabar dan Solat),
2:186(Allah swt dekat),
2:208(Masuk lah agama Allah swt secara Kaffah(keseluruhan) ),
2:216(Allah tahu mana yg baik utk kita),
2:261(benih yg tumbuhkan 7 bulir),
2:265(kebun di dataran tinggi),
2:269(Hikmah adalah kurnia yg banyak),
2:272(Allah beri petunjuk pd yg dikehendakiNya) ,
2:286(Beban ikut kesanggupan)

Ali Imran
3:103(pegang pada tali Allah),
3:104(perlu ada 1 golongan seru kebaikan),
3:110(Kita umat terbaik sekiranya seru pada ma'ruf dan cegah mungkar)

An Nisaa'

4:13(hukum adalah ketentuan dari Allah),
4:59(kalau berselisih pendapat,kembalilah pada Allah dan RasulNya),
4:76(tipu daya syaitan itu lemah)

Al Maa'idah
5:48(Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat)

Al An'aam
6:116(pendapat umum menyesatkan kerana hanya mengikut prasangka)

Al A'raaf
7:55(doa dgn rendah diri dan suara yg lembut)

Al Anfaa
l8:46(elakkan perdebatan, hanya menyebabkan kamu gentar dan hilang kekuatan)

At Taubah
9:18(Org yg ramaikan masjid hanya lah yg beriman dgn Allah dan hari akhirat),
9:38(nikmat dunia hanya sedikit)Huud11:114(perbutan baik menghapuskan yg buruk)

Yusuf
12:64(Allah sebaik2 penjaga dan Maha Penyayang),
12:111(AlQuranpetun juk dan rahmat)

Ar Ra'd
13:11(Allah tak ubah nasib kita kecuali diri sendiri),
13:22(4 ciri2 org yg dapat kesudahan yang baik),
13:28(hanya dgn mengingati Allah hati jadi tenang)

Ibrahim
14:7(kalau bersyukur Allah tambahkan nikmat,kalau tak azab Allah pedih),
14:24-26(perumpamaa n kalimah yang baik dan yang buruk),
14:52(AlQuran adalah penjelasan yang sempurna)
An Nahl
16:18(tidak akan dapat terhitung nikmat Allah)
16:43(jika tahu,tanya pada yang tahu),
16:53-54(Sifat Manusia, bila susah mohon pada Allah dan bila senang lupa Allah),
16:125(Ajak pada agama Allah dengan hikmah dan pelajarn yg baik)

Al Israa'
17:23(jangan sebut "ah" pada ibu bapa dan berkatalah dengan kata2 yg baik),
17:36(jangan ikut selagi kita tidak ada pengetahuan tentang nya),
17:53(ucaplah perkataan yg baik),
17:78-79(waktu solat,subuh disaksikan malaikat dan anjuran utk tahajjud),
17:82(Al-Quran penawar dan rahmat)

Al Kahfi
18:23-24(sebut InsyaAllah bila nak lakukan sesuatu),
18:39(Sebut "maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah" bila dapat kebaikan dan rezeki),
18:45(perumpamaan kehidupan dunia),
18:109(air lautan yg ditambah sebanyaknya legi tak cukup tulis ilmu Allah swt)

Maryam
19:96(beriman dan beramal saleh,Allah swt tanam dalam hati mereka kasih sayang)

Thahaa
20:14(Allah berfirman "Aku adalah Allah", dan solat utk mengingati Ku),
20:25-28(Doa Nabi Musa utk lembut lidah ketika berdakwah kpd firaun),
20:43-44(Allah suruh Nabi Musa berdakwah pada Nabi Musa dgn lemah lembut),
20:131(Jangan tujukan mata kepada nikmat orang lain kerana ia adalah cubaan kpd mereka)

Al Anbiyaa'
21:7(jika tahu,tanya pada yang tahu),
21:35(Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati)

Al Hajj
22:5(Putaran lengkap kehidupan-dalam kandungan,kecil, dewasa,tua) ,
22:32(siapa tegakkan syi'ar Allah,ia timbul dari ketakwaan hati),
22:34-35(orang yg tunduk dan patuh ialah apabila sebut nama Allah gementar hati mereka), 22:40(Allah menolong siapa yg menolong agama Allah swt),
22:78(berjihadlah dengan jihad yg sebenarnya dan Allah tak jadikan dalam agama kesempitan)

Al Mu'minuun
23:1-9(ciri2 org yg berjaya),
23:62(Beban ikut kesanggupan) ,
23:71(jika kebenaran ikut hawa nafsu,maka hancurlah bumi,langit dan isinya),
23:96(tolakkan perbuatan buruk dgn lebih baik),
23:112-114(kehidupa n dibumi hanya lah sebentar sahaja)

An Nuur24:15(fitnah adalah sesuatu yg besar disisi Allah swt),
24:16(Apa patut diucapkan bila dengar fitnah),
24:26(wanita yang baik untuk lakiyang baik dan sebaliknya),
24:30(Pesanan Utk Lelaki yang beriman),
24:31(Pesanan Utk Perempuan yang beriman),
24:33(Sekiranya tak mampu kahwin,jagalah kesucian diri sehingga mampu)

Al Furqaan
25:23(Amalan org kafir umpama debu yang berterbangan)

An Naml
27:69(Berjalanlah dimuka bumi Allah utk lihat akibat orang-orang yang berdosa)

Al Qashash
28:50(Orang yang paling sesat ialah yang mengikut hawa nafsu),
28:55(Kata2 yang patut diucapkan ketika bersama golongan yang selalu mengatakan perkataan yang tidak bermanfaat),
28:68(Tiada pilihan lain ketika Allah telah menetapkan sesuatu),
28:77(Carilah kebahagiaan akhirat tanpa melupakan kebahagiaan dunia dan berbuat pada orang lain),
28:84(Kebaikan Allah balas berlipat kali ganda dan kejahatan dibalas setimpal)

Al 'Ankabuut
29:2(Berimankah kita sebelum diuji),
29:20(Berjalanlah dimuka bumi Allah utk lihat permulaan penciptaan manusia),
29:45(Solat cegah perbuatan keji dan mungkar),
29:49(Al-Quran ayat yang nyata dan hanya berada dalam dada orang yang Allah kurniakan ilmu) ,
29:62(Allah lapangkan rezeki dan sempitkan rezki siapa yang dikehendakiNya)

Ar Ruum
30:21(Allah jadikan isteri agar kita tertarik kepadanya dan merasa tenteram dengan nya dan wujud kasih sayang anatar kedua2 nya),
30:30(Agama Allah adalah fitrah dan manusia diciptakan menurut fitrah)

Luqman
31:14(Perintah Allah berbuat baik pada ibu bapa kerana ibu telah mengandungnya dalam keadaan lemah dan menyusukan nya selama 2 thn),
31:27(Jika pohon jadi pena dan laut jadi tinta dan ditambah 7 laut lagi,kalimah Allah tak akan habis)

As Sajdah
32:16(Orang yang percaya pada ayat Allah ialah yang lambung jauh dari tempat tidur dan selalu berdoa kepada Rabbnya)

Al Ahzaab
33:21(Rasulullah contoh ikutan terbaik),
33:35(8 Ciri2 lengkap lelaki dan perempuan yang muslim dan mukmin yang disediakan ganjaran yang besar oleh Allah),
33:59(hendaklah wanita mukmin menghulurkan jilbab keseluruh tubuh mereka utk mereka mudah dikenal dan agar tidak diganggu)

Faathir
35:28(Yang paling takut dikalangan hamba adalah ulama'),
35:44(Berjalan lah dimuka bumi Allah utk lihat kesudahan kaum sebelum mereka)

Yaasin
36:82(Allah kata jadi,maka jadilah)

Shaad
38:26(Pemimpin hendaklah membuat keputusan dengan adil dan tidak mengikut hawa nafsu kerana ia menyesatkan)

Az Zumar
39:6(Bayi dalam perut ibu mengalami 3 kegelapan),
39:8(Bila mengalami mudaharat mohon pada Allah dan bila hilang mudaharat lupa pada Allah), 39:9(Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui)
39:23(Al-Quran adalah hidayah Allah dan AlQuran adalah perkataan terbaik)

Al Mu'min
40:40(Kejahatn Allah balas setimpal dan kebaikan Allah beri ganjaran syurga),
40:60(Berdoa pada Allah,pasti akan dikabulkan)

Fushshilat
41:35(Sifat yang baik dianugerahkan Allah hanya pada orang yang sabar)

Asy Syuura
42:38(Allah suruh selesaikan urusan melalui mesyuarat),
42:43(Sabar dan memaafkan adalah perbuatan yang diutamakan)

Muhammad
47:7(Allah tolong siapa yang tolong agama Allah),
47:25(Orang yang berpaling (murtad) ialah syaitan menjadikan mereka mudah berbuat dosa dan memanjang kan angan2 mereka),
47:36(Kehidupan dunia adalah hanya permainan dan senda gurau)

Al Fath
48:29(Muhammad utusan Allah dan bersama sahabat nya mereka keras dgn org kafir dan berkasih sayang dengan sesama mereka, tanda mereka nampak pada bekas sujud)Al Hujuraat
49:6(Jika didatangi orang fasik yang membawa berita,teliti dulu berita itu),
49:10(Orang beriman bersaudara), 49:13(Yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling bertaqwa)

Qaaf
50:16(Allah lebih dekat padanya dari urat lehernya)

Adz Dzaariyaat51:55(Sentiasa saling memperingat kerana ia bermanfaat pada org mukmin),
51:56(Manusia dan jin diciptakan utk sembah Allah),

An Najm
53:32(Allah Maha Luas Ampunan Nya)

Ar Rahman
55:4(Allah yang mengajarkan kita pandai berbicara)

Al Hadiid
57:27(Salah satu kesalahan Nasrani ialah amalan rahbaniayah( rahib) sedangkan Allah swt tdk mewajibkan nya dan mereka yang mngada2kannya)

Al Mujaadilah
58:11(Pesanan Allah swt pada org beriman agar berlapang2 dalam majlis)

Al Hasyr
60:19(Jika kita lupa pada Allah swt,Allah akan lupa pada kita)

Ash Shaff
61:10-11(Perniagaan yg Allah swt tawarkan utk selamat dari azab pedih,iaitu beriman pada Allah swt dan RasulNya serta berjihad dgn harta dan jiwa)

At Thalaaq
65:2-3(Ayat Seribu Dinar)

At Tahrim
66:6(Pelihara diri dan ahli keluarga dari api neraka),
66:8(Bertaubat lah pada Allah dengan sebenar taubat iaitu taubat nasuha)

Al Muzammil
73:10(Bersabar dengan ucapan org yg kurang menyenangkan dan jauhi mereka dgn baik)

Al Qiyaamah
75:16-17(Jangan tergesa2 berusaha menghafal Al-Quran kerana Allah yg kumpulkan ia didada mereka)

An Naazi'aat
79:40-41(Orang yang takut dgn kebesaran Allah akan halang diri dari hawa nafsu dan ganjaran nya syurga)'

Abasa
80:24(Allah suruh agar perhatikan apa yang kita makan)

Ath Thaariq
86:13(Al-Quran firman yg memisahkan yg haq dan batil)

Al 'A'laa
87:9(Berilah peringatan krn ia bermanfaat)

Al Ghaasyiyah
88:17-20(Allah suruh berfikir,bagaimana unta diciptakan, langit ditinggikan, gunung ditegakkan, bumi dihamparkan)

Al Balad
90:17(Orang beriman saling berpesan dengan kesabaran dan kasih sayang)

Asy Syams
91:8-10(Allah ilhamkan jiwa jalan fasik dan jalan taqwa, beruntung sapa yg menyucikan nya dan rugi siapa yang mengotorinya)

Al-Lail
92:20-21(Kalau niat buat sesuatu semata2 utk cari keredhaan Allah, maka Allah akan anugerahkan kepuasan)

Alam Nasyrah
94:5-6(Sesudah kesulitan ada kemudahan)

At Tiin
95:4(Manusia diciptakan dalam keadaan sebaik2 baiknya)

Al 'Alaq
96:6-7(Manusia yg lihat diri serba cukup,maka dia telah melampaui batas)

Al Qadr
97:3(Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan)

Al Bayyinah98:7(Sebaik2 makhluk ialah yg beriman dan beramal saleh)



CERITA
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi : " Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil". Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat. Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh m endoakannya akan kesejahteraan hidupnya. Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian . Pengajaran Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara. Tafsirannya: Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapatpadang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.



Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran..

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran..Semoga panjang umur dalam kebaikanSemoga murah rezeki lagi diberkatiSemoga detik2 waktu yang mendatangAdalah kebahagiaan yang tak hilangSemoga dengan bertambah usiamuAkan bertambah iman di dadamuSelamat Hari Ulang Tahun Kelahiran..Jadilah dirimu permata hati jauhariBercahaya gemerlapan pada insan di sisiKekalkan senja dengan keindahanJangan ada hujan membawa ke malamJadilah dirimu seorang hamba mengabdiBersyukur berzikir basah di bibirRedha dengan setiap ketentuan takdirDan jadilah dirimu sendiriBerakhlak dengan sunnah nabiSelamat Hari Ulang Tahun Kelahiran..Ikhlas dari hati seorang temanTerima kasih atas setiap kebaikanMoga Allah memberi ganjaranSyukurku pada Tuhan atas pertemuanMoga ukhwah akan berkekalanMaafkan diri ini yang serba kekuranganYang tak sunyi melakukan kesilapanSelamat hari lahir akak permata hatiSelamat hari lahir akak ummi baniahSelamat hari lahir kakak senjaSelamat hari lahir sahabatkuBerbahagia hendaknya dirimuDi dunia dan di akhirat sana..



MUNAJAT HAMBA PENCINTA ALLAH

Ya Allah Tiga hal yang mencegahkuDan satu hal mendesakku untuk bermohon padaMuTak sanggup kusampaikan doaKarena seringnya aku melalaikan perintahMuKarena seringnya aku melakukan laranganMuKarena seringnya aku mensyukuri nikmatMuNamun kuberanikan diriku bermohon padaMuKarena kutahu Engkau amat Pemurahkepada mereka yang menghadapMu dan menemuiMu dengan penuh pengharapan semua kebaikanMu karunia semua nikmatMu anugerahWahai Yang MaafNya lebih sering dari siksaNyaWahai Yang RidhoNya lebih besar dari murkaNyaWahai Yang Selalu menganugerahkan Ampunan pada makhlukNyaWahai Yang Selalu Menerima Taubat hambaNyaAmpunilah segala dosa hambaMu yang hina iniYa IlahiApakah orang yang t'lah mencicipi manisnya cintaMuAkan menginginkan pengganti selainMuApakah orang yang t'lah bersanding di sampingMuAkan mencari penukar selainMuIlahiJadikan kami di antara orang-orangYang Kau ikhlaskan untuk memperoleh cinta dan kasihMuYang Kau rindukan untuk datang menemuiMuYang Kau ridhakan hatinya untuk menerima Qadha'MuYang Kau anugerahkan kebahagiaan melihat wajahMuYang Kau limpahkan keridhaanMuYang Kau lindungi dari pengusiran dan kebencianMuYang Kau persiapkan baginya kedudukan Shiddiq di sampingMuYang Kau istimewakan dengan ma'rifatMuYang Kau arahkan untuk mengabdiMuYang Kau tenggelamkan hatinya dalam iradahMuYang Kau pilih untuk menyaksikanMuYang Kau kosongkan dirinya untukMuYang Kau bersihkan hatinya untuk diisi cintaMuYang Kau bangkitkan hasratnya akan karuniaMuYang Kau ilhamkan padanya mengingatMuYang Kau dorong padanya mensyukuri ni'matMuYang Kau sibukkan dengan ketaatanMuYang Kau jadikan dari makhlukMu yang shalehYang Kau pilih untuk bermunajat padaMuYang Kau putuskan darinya segala sesuatu yang memutuskan hubungan denganMuYa AllahJadikan kami di antara orang-orang yang kedambaannya adalah mencintai dan merindukanMu nasibnya hanya merintih dan menangis dahi-dahi mereka sujud karena kebesaranMumata-mata mereka terjaga dalam mengabdiMuair mata mereka mengalir karena takut padaMuhati-hati mereka terikat pada cintaMuqalbu-qalbu mereka terpesona dengan kehebatanMuWahai Yang cahaya kesucianNya bersinar dalam pandangan para pencintanyaWahai Yang kesucian wajahNya membahagiakan hati para pengenalnyaWahai Kejaran para perinduWahai Tujuan Cita para pencintaAku memohonkan cintaMuDan cinta orang yang mencintaiMuDan cinta amal yang membawaku ke sampingMuJadikan Engkau lebih aku cintai dari pada selainMuJadikan cintaku padaMu membimbingku pada RidhaMuKerinduanku padaMu mencegahku dari maksiat atasMuAnugerahkan padaku memandangMuTataplah diriku dengan tatapan kasih dan sayangJangan palingkan wajahMu darikuJadikan aku dari penerima anugerah dan karuniaMuHanya Engkau pemberi IjabahYa Arhamar Raahimiin...Aaamiin



Guru oh Guru..

(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum manjadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa saja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu buku;Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.





Nilai lah diri sendiri......siapa kita? (2)
09.24.04 (1:28 am) [edit]
Siapakah orang yang telah mati hatinya?"Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat."
0 Comments


Nilai lah diri sendiri......siapa kita? (1)
09.24.04 (1:24 am) [edit]
Siapakah orang yang sombong?"Orang yang sombong adalah orang yang di beripenghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri."

SUDAHKAH KITA MENGENAL DIRI KITA

Assalamualaikum.

Sebagai orang yang mengaku Islam, kita wajib KENAL siapa Tuhan kita.



Siapakah namaNya? namaNya ialah Allah



Siapakah yang menamakanNYA? Allah sendiri menamakan diriNya Allah.

Firman: Anallah hu la ilaha illa ana. ertinya AKU lah Allah, tidak ada tuhan melainkan AKU.



Kenapa Allah jadikan kita?
DIA jadikan kita kerana DIA ingin supaya kita mengenal kepadaNya dan setelah kita kenal kepadaNya sebagai kuasa yang menjadikan kita, maka kita disuruh menyembah hanya kepadaNya.



Kenapakah Allah suruh kita menyembahNYA? Allah memerintahkan kita supaya menyembahNya kerana hanya DIA lah saja Tuhan yang wajib disembah. Selain Allah tiada tuhan lain yang berkuasa diseluruh alam ini.



Kenapakah demikian? Kerana Allah ingin melihat siapakah hamba hambaNYA yang taat kepada perintahNYA dan juga ingin melihat siapakah hamba hambaNYA yang ingkar kepadaNYA.



Kenapa demikian? Kerana yang taat kepada segala perintahNYA, telah disediakan satu tempat yang sangat indah dan menyenangkan yakni Syurga manakala yang ingkar dan degil serta sombong kepada perintahnya telah disiapkan satu tempat yang menggerunkan untuk disiksa selama lamanya yakni Neraka. Dengan adanya hukum hukum ini, maka dapatlah Allah membezakan siapakah manusia yang taat kepada hukumNya dan yang siapakah manusia yang ingkar kepada humumNya dan masing masing akan dibalas dengan apa yang sesuai untuk mereka.



Mengapakah kita wajip mentaati semua perintahNya? Kerana DIA lah Tuhan(Kuasa) yang menjadikan kita daripada tidak ada kepada menjadi ada. Dia telah menghidupkan kita dengan memberi kita nyawa, memberi kita segala rezeki, membuat kita dapat melihat seluruh alam ini dengan mata kepala kita, memelihara kita dari segala gangguan melalui sifat Ar RahmanNya sehingga kita boleh hidup dengan selesa penuh kesihatan didunia ini.



Dari apakah Allah menjadikan kita? Allah menjadikan kita semua daripada air yang hidup yang terpancar dari tulang sulbi ayah kita dan dipelihara sehingga menjadi manusia yang sempurna didalam rahim ibu kita selama sembilan bulan sehinggalah kita lahir kedunia ini sudah siap sebagai manusia sempurna. Sudah boleh menangis, makan, tidur dan bergerak gerak. Apabila kita lahir kedunia, maka kita tertakluk kepada hukum hukum yang sudah disediakan oleh Allah untuk hamba hambaNya.



Dari unsur apakah diri kita ini dijadikan Allah? Diri kita dijadikan Allah dari dua unsur. Yang pertama jasad atau tubuh badan kita dijadikan dari tanah pada awalnya dan unsur kedua ialah roh kita atau juga dipanggil hati latiffurrabaniah. Tanpa ada roh kita, jasad tidak akan boleh hidup.



Apakah sebenarnya roh ini? Roh adalah sebenarnya perhimpunan tujuh macam sifat. Apakah tujuh macam sifat ini? Tujuh macam sifat ini ialah sifat hidup, sifat tahu, sifat kehendak, sifat kuasa, sifat mendengar, sifat melihat dan sifat berkata kata atau dalam bahasa Arab dipanggil sifat hayat, sifat ilmu, sifat iradat, sifat qudrat , sifat samak, sifat basar dan sifat qalam. Kesemua tujuh sifat ini dinamakan sifat maani atau sifat yang memberi maana kepada wujud diri kita. Jika kita ada jasad tetapi takda sifat maani ini, maka jasad itu tidak akan boleh dipanggil manusia kerana tidak boleh membuat apa apa seperti patung saja. Apabila roh ditiup kan kedalam jasad, maka barulah jasad dapat di panggil manusia, kerana sebagai manusia ianya mesti hidup, tahu, berkehendak, berkuasa, mendengar, melihat dan boleh berkata kata. Roh ini juga adalah amanah Allah kepada kita kerana ianya berasal dari alam tinggi dan keadaanya pada asalnya adalah suci(fitrah). Jikalau roh yang diamanahkan kepada kita ini dikotorkan dengan noda dosa, maka ia tidak akan dapat balik ketempat asalnya melainkan dicuci dulu dengan semburan api yang panas bertahun tahun hinggalah bersih kembali(api neraka) sebelum ianya dapat kembali kealam tinggi(syurga). Jika ianya tidak dapat dicuci maka akan kekal lah roh ini didalam Neraka selama lamanya. Naudzubillah.



Apakah noda dosa yang menyebabkan roh ini disiksa dineraka? Ia disiksa kerana dosa dosa saperti syirik, zindik, fasik dan munafik. Inilah yang dikatakan sifat sifat hawa nafsu Syaitan yang telah meresap kedalam roh yang pada asalnya itu suci bercahaya cahaya, sekarang telah menjadi kotor dan gelap kerana melakukan amalan Syaitan laknatullah dan bukan yang diajar Allah dan Rasulullah melalui Al Quran.

Ya ALLAH,limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kpd cahaya bagi cahaya dan rahsia bagi segala rahsia.Luhurnya org yg mulia anak kunci bagi pintu kesenangan.Itulah penghulu kami Nabi Muhammmad S.A.W. yg terpilih dan kpd keluarganya yg suci dan para sahabat baginda yg mulia sebanyak nikmat ALLAH dan anugerahNya.

Sunday, August 10, 2008

CERITA RENUNGAN BUAT ANAKKU

Kisah Batu.

Suatu hari seorang pakar dlm bidang pengurusan masa berckp dlm suatu kumpulan yang terdiri drp ahli perniagaan yang berjaya. Beliau menggunakan satu analogi yang cukup mudah dan berkesan supaya mereka dapat ingat sampai bila2.Beliau berdiri dan berkata, "OK, saya ada satu kuiz utk tuan-tuan" dan beliau mengambil sebuah balang yang bermulut luas dan meletakkan di atas meja. Seterusnya beliau mengeluarkan sedozen batu sungai yg sebesar penumbuk (batu besar) dan mengisi balang tersebut dgn batu itu dgn begitu cermat sekali sehingga balang itu penuh.Apabila balang itu sudah penuh dan tiada lagi batu yang boleh muat ke dalamnya, beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" Semua orang di dalam kelas itu menjerit serentak. "Ya". Pakar itu menjawab. "Betulkah?". Kemudian beliau mengeluarkan pula batu2 kecil dr bawah meja dan memasukkan ke dalam balang dan menggoyangkan balang itu agar batu2 kecil memasuki celah2 batu besar. Sekali lagi beliau bertanya kepada hadirin, "Adakah balang ini penuh?". Kali ini mereka spt was2. "Mungkin tidak" kata salah seorang drp mereka. "Bagus!" kata beliau. Sekali lagi dia mengambil sesuatu drp bawah meja dan mengeluarkan sepeket pasir dan memasukkan ke dalam balang itu. Pasir2 halus itu masuk ke celah2 ruang kosong antara batu besar dan batu kecil di dalam balang itu. Sekali lagi beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" "Tidak!" jawab mereka hampir menjerit. Sekali lagi beliau berkata, "Bagus!" .Kemudian beliau mengambil secawan kopi dan menuangnya ke dalam balang tersebut sehingga penuh dan bertanya kepada hadirin yang hadir, "Apakah maksud yang boleh diterangkan di sini?". Salah seorang drp mereka bangun dan berkata, "maksudnya ialah walau bagaimana sibuk dan penuh pun jadual kita jikalau kita bekerja keras kita sentiasa boleh memasukkan lagi perkara2 yang lain dalam kehidupan kita!". Pakar pengurusan masa itu berkata, "Ada benar jugak apa yg kamu katakan itu, tetapi kebenaran di sini adalah lebih besar dan lebih berguna utk kita fikirkan: "Jika kamu tidak memasukkan dahulu batu yang besar itu ke dalam balang sebelum batu2 kecil dan pasir, kamu tidak akan dpt masukkan batu2 besar itu sampai bila-bila pun". Sekarang, kita kena memikirkan apakah batu besar dalam kehidupan kita? Sebagai contoh batu besar itu seperti tanggungjawab kita kepada Allah seperti sembahyang, menjaga syariat, akidah, akhlak, menjaga keluarga, mengejar cita2, dan meneruskan pencapaian matlamat hidup.Batu2 kecil dan pasir itu pula ibarat perkara2 lain yg biasa kita lakukan dalan kehidupan kita bersama rakan2 dan keluarga. Sebagai contoh beriadah, keluar bersama rakan2, pergi menonton wayang, main playstation dll.Tiba2 seorang drp mereka bangun dan bertanya"Apakah pulak maksud secawan kopi itu?". Pakar itu menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu, walau sepenuh mana pun jadual kerja kamu, luangkan sedikit masa untuk pergi minum kopi bersama2 dgn kawan2 kamu".




Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..
kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yg lemah ini
yaAllah..tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’



RAHSIA AYAT-AYAT CINTA


For once in my life, I did not need to take synflex ! You see, strangelyabout migraine sufferer, we can feel when the attacks are coming andwhen it starts to ebb away. So, friends, save this method onto yourhandphone "Notes" or "To-do List" so that when you have a headache andwith strong conviction, do the method, Insyaallah, it will work
1. Read Al fateha (1 x )
2.Read Surah Al Ikhlas (3xs )
3. Read Surah Yassin ayat ke 58 " Sala mun Qaulan Minrabbirrahim" (3xs )
4. Read Selawat (3xs )
What I did was, I blew it on my palms and put my palms on my head for awhile. After that, I repeat the whole process again. I hope bysharing this experience, we become more confident of ayat2 Allah.Anothersister has shared her experience below. Please read. This ayat isreally powerful!True story : my story . My sister was staying with me some months ago.Mysister was bleeding profusely akibat pendarahan dalaman(internal bleeding). Teringatkan Pak Kiai di Rawang yang sering merawat sister itu, I asked my niece to call and ask him what we should do?He said "baca ayat 58 dari surah Yassin dan niat sambil meniup kearahduburnya bagi menghentikan pendarahan tersebut".So my niece pun buatlah. A few seconds later darah pun berhenti. Oh god,what a miracle, alhamdullilah, leganya.From that day onwards, itulah yang saya buat apabila ada orang yangperlubantuan menghentikan pendarahan. Yakinlah dgn ayat2 Allah.RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58 Yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surahtersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa danMahaKuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda tiada kerugian bahkandigalakkan.Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah.Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenarnya.. ...

Wednesday, July 16, 2008

IBNU MAS'SUD BERKATA : PERKARA YANG PALING SEDIH BILA BERTAMBAH TAHUN ADALAH UMURKU BERTAMBAH TETAPI AMALANKU TIDAK BERTAMBAH.

RENUNGAN

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian, semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan. Hanya Iman dan keyakinan mampu mengayuh bahtera kehidupan penuh ketenangan merempuh ujian. Tuluslah dengan Allah, teluslah sesama Insan. Berhijirahlah kita ke daerah kebaikan.

Monday, June 23, 2008

KENAPA AKU DIUJI.

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami>telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal iaamat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal iaamat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itumelainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pulakamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jikakamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlahkamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkarayang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripadakesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatanpertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapai>kemenangan)."-Surah Al-Imran ayat 2000"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyangitu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusy-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selaindrNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!! "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmatAllah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum ygkafir." -Surah Yusuf ayat 12

Sunday, June 22, 2008

Beza Lelaki & Wanita

Beza Lelaki & Wanita Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??! Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??! Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita …. ” Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri “

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan..

Hayati Dan Fahami…Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkansejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamuada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapaktangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan ditangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasidengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah sawakan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), laluRasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makannasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari ygkiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzimyang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the firstprocess of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumbermineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam darijari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal daritanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg palingberkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yangpaling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the firstline of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,iaitu GARAM.Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang inginmenggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kaliuntuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senangmemproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelummakan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuatperjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria danracun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruhtetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum daribekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kitaminum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalamproses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas darihidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitucarbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Janganmeniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas,seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yangberzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik ygdapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulangbelakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belumberkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelakiyang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari,kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang keranaperhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zinahendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat dibelakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkanpenghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia adadi badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akantetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan ituhukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIVitu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr JamnulAzhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikitinformasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenaiKa’bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajianoleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknyaKa’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empatpersegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijakyang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imambesar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenarankeempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

HIDAYAH MILIK ALLAH

Pernah ada seseorang yang matanya ditutup, disuruh berjalan akhirnya menangis. Mengapa? Karena setiap langkahnya penuh dengan keraguan, ia merasa setiap langkahnya selalu beresiko, mungkin terpeleset atau tubuhnya membentur dinding. Begitulah kira-kira, kalau kita tidak mendapatkan cahaya dalam hidup ini, lalu bagaimana kalau hati kita tidak mendapatkan cahaya kebenaran?Orang yang tidak mendapatkan hidayah dari Allah, hidup ini terasa lelah, takut, tegang, was-was, cemas, gelisah dan bingung. Orang yang jauh dari agama, dari Alquran apapun yang diberikan Allah kepadanya pasti hanya akan membuat dirinya hina.Harta, gelar, pangkat, jabatan atau penampilan yang diberikan Allah, kalau tidak diiringi dengan ketaatan kepada Allah pasti akan menyiksa. Hidupnya hiruk-pikuk, rebutan, sikut sana sini, tidak peduli aturan dan etika.Tetapi kalau kita mendapat hidayah dari Allah, seperti berjalan diterang benderang. Mantap, tidak ada ketakutan pada mereka dan tidak pernah bersedih hati, dia tidak panik dengan dunia ini. Tapi dia aakan merasa galau kalau tidak mampu meyempurnakan apa yang bisa ia lakukan.Memang, disamping tetap istiqamah dalam meraih hidayah Allah, kitapun harus tetap memanjatkan doa karena langkah awal untuk meraih hidayah ini adalah dengan terus mencari ilmu sekuat tenaga. Karena makin banyak ilmu, maka makin produktif dalam beramal dan makin bening hati kita. Semoga Allah menjaga kita dari dicabutnya nikmat yang mahal, yaitu hidayah. (*)

Tuesday, May 20, 2008

MUKJIZAT AIR

Mujizat Air

Air sangat penting kepada kehidupan manusia kerana tiga per empat daripada tubuh badannya dipenuhi dengan bendalir yang sentiasa memberi kekuatan kepada tenaga fizikal dan mental."Kami jadikan tiap-tiap sesuatu yang hidup daripada air." (Surah Al-Anbiya' ayat 30)Allah SWT menjadikan air sebagai keperluan hidup semua makhluk di dunia. Pentingnya air ini bukan sekadar untuk diminum malah untuk digali segala rahsia yang terkandung di dalam air.Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya. • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi. • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa. • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam. • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. 1. Tekanan darah tinggi – 30 hari 2. Gastrik - 10 hari 3. Diabetes – 30 hari 4. Sembelit – 10 hari 5. Kanser – 180 hari 6. Tibi – 90 hari. Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil."Allah menjadikan tiap-tiap binatang daripada air, sesetengahnya berjalan dengan perutnya, sesetengahnya berjalan dengan dua kaki dan di antaranya berjalan dengan empat kaki." (Surah An-Nur ayat 45)Dr. Masaru Emoto, seorang doktor perubatan alternatif di Jepun telah mengkaji air bagi membuktikan bahawa pemikiran dan emosi memberi kesan fizikal ke atas molekul-molekul air. Dengan memperdengarkan pelbagai jenis bahasa, perkataan dan latar muzik pada sampel air yang sama, molekul-molukul air tersebut menunjukkan pelbagai rupa bentuk. Dr. Emoto membangunkan satu teknik yang menggunakan mikroskop berkuasa tinggi di dalam bilik yang sangat sejuk dan gambar foto berkelajuan tinggi untuk menonjolkan pembentukan kristal air daripada sampel air yang dibekukan.Penemuan ini menunjukkan pembentukan kristal air berubah apabila fikiran ditumpukan secara langsung kepada air tersebut. Justeru, air yang didedahkan pada perkataan "sayang" atau "cinta" menghasilkan bentuk yang sempurna, berseri-seri dan sangat indah berbanding molekul air yang datang dari sumber tercemar.Perkataan negatif seperti "syaitan" memberi bentuk molekul air yang tidak teratur, berselerakan dan kelihatan hodoh. Seterusnya pendedahan terhadap pemikiran, emosi dan sikap memberi impak terhadap molekul-molekul air.
Hasil kajian ini dimuatkan dalam buku Messages from Water 1 and 2. Buku T
he Hidden Messages in Water yang diterbitkan di Jepun telah terjual sebanyak 400,000 naskah di seluruh dunia."Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apakah ia dijadikan. Dia dijadikan daripada air yang terpancar. Yang keluar dari di antara tulang punggung lelaki dan tulang dada perempuan." (Surah At-Thariq ayat 5 hingga 7)
Cerita Air Lagi, Sambungan
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya " Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik... maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".




PETUA PENTING PERSEDIAAN BAHAN UBAT
1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; " Assalammu'alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)"
2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut
3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).
4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.
5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.
6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka'abah (anti clock wise).
JENIS-JENIS AIR UNTUK RAWATAN
Bahan asas utama untuk semua jenis rawatan ialah air. Berikut ialah senarai jenis air mengikut turutan yang paling baik;
1. Air Zam-zam (yang paling baik)
2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.
3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk
4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
5. Air Mineral semulajadi
6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci


Monday, May 19, 2008


HAMIDAH BT SHEIKH AHMAD@MOHAMED


SHEIKH OMAR BIN SHEIKH AHMAD

Tuesday, May 6, 2008

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedaratau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akanberhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyutdengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akanlenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluangterbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diridengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudahmati.
TANDA 40 HARITanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kitaakan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kitaakan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuatpersediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikutikita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akanmemperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, merekayang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untukmencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akandicabutnya.
TANDA 7 HARIAdapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secaratiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARIPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kitaiaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan makaberpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungibanyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akanmemandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagiorang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapatdikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layudimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dansukar ditegakkan.
TANDA 1 HARIAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satudenyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana inimenandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokanharinya.
TANDA AKHIRAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejukdi bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnyaakan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiamdiri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kitakembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarangakan mematikan pula.
"Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT, di situlah akan bermula segala kebaikan tercipta. Hati yang membisikkan pada kita supaya bertaubat, melupakan segala yang berlalu dan memulakan hidup baru. .."
Hati bersih kembalikan cahaya iman, Islam
Dr Juanda Jaya

SETIAP hamba pasti pernah melalui hari mendung dalam hidupnya. Ketika itu dia akan berada dalam zon iman yang lemah dan keadaan itu membuat dirinya sangat tertekan. Apakah mungkin hidupnya boleh tenang jika hubungan dia dengan Allah Taala terancam?
Banyak sebab yang menyumbang kepada keadaan seperti itu. Antaranya ialah jika kita terlalu obses terhadap dunia hingga melupakan matlamat sebenar hidup ini. Tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT kerana hati anda masih lagi hidup dan berasa sempit apabila menyedari kealpaan yang lalu. Anda masih memiliki semangat untuk bangkit mencari iman yang hilang. Tetapi persoalannya, di manakah kita boleh menemukan iman yang hilang itu? Ada beberapa tempat yang boleh kita kunjungi untuk mencari keimanan sejati. Antaranya; Di hati kita sendiri. Sesiapa yang mahu memperbaiki diri mesti melihat ke dalam lubuk hatinya. Di situlah asal mula kebaikan bercambah menjadi benih yang baik. Hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuannya, kenapa kamu lakukan itu dan ini? Untuk siapa dan apa faedahnya? Hanya ada satu zat yang dapat menguatkan hati kita, apabila kita bersandar padaNya maka hilanglah segala beban yang menyesakkan dada. Siapakah yang kita cari jika hati terlalu sedih? Siapakah yang kita tuju jika mara bahaya telah mengepung dari segenap penjuru? Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." – (Surah Yunus: Ayat 107). Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT, di situlah akan bermula segala kebaikan tercipta. Hati yang membisikkan pada kita supaya bertaubat, melupakan segala yang berlalu dan memulakan hidup baru. Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah SWT, tempat berkumpul rahmat dan hidayah-Nya bagi mengikis segala syahwat yang melekat di dindingnya. Jika hati boleh disentuh umpama mangkuk kristal yang mahal, tuan empunya sudah tentu menjaganya dengan penuh kasih sayang. Jangan ada debu yang melekat, sentiasa dibersih dan diletak pada tempat yang aman. Tiada tangan kotor yang mampu menjamah. Tapi sayang hati itu begitu murah pada pandangan manusia yang lalai, di biarkan retak menanti pecah berderai oleh dosa yang hitam. Masihkah ada peluang bagi kita membersih hati yang dicipta Allah SWT untuk merasai sejuta nikmat. Nikmat iman dan Islam, nikmat kebahagiaan dan ketenangan. Al-Fudail bin 'Iyadh berkata: "Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Dia akan memperbaiki amal perbuatanmu. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain." Iman yang hilang dan kehidupan sempit itu akan segera berakhir jika kita bersedia memperbaiki hubungan kita dengan Allah Taala. Melicinkan hati dari debu yang melekat, kerana tiada seorangpun yang sanggup menderita tanpa cahaya iman. Berbuat adil terhadap diri sendiri. Adakalanya penyakit jasmani dan mental menyerang manusia silih berganti. Bukankah itu petanda wujudnya kezaliman yang kita lakukan pada diri sendiri? Pemakanan yang tidak seimbang dan rehat yang tidak mencukupi menjadi punca kurangnya daya kekebalan tubuh. Tekanan dalam menempa karier dan kerjaya, hubungan yang tegang dengan orang lain menjadi sebab tekanan berlarutan. Tetapi adakah kita juga merasai antara sebab tekanan dalam hidup ini ialah tidak tersedianya ilmu yang cukup, iman yang kebal dan ibadat yang ikhlas? Anda boleh meminta nasihat doktor pakar atau mencari ubat alternatif yang menjadi gaya hidup manusia moden seperti rileks di spa dan melanggan pelbagai terapi yang diuji keberkesanannya. Semua itu ikhtiar yang baik selagi tidak menyalahi syarak. Namun jangan mudah melupakan keperluan diri kita yang lain. Kalau hanya jasmani yang diambil berat, maka akan muncul ketidakseimbangan dalam hidup anda. Bagaimana dengan rohani sudahkah ia diubati? Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menyatakan dalam kitabnya Malamih Al-Mujtamak Al-Muslim: "Islam adalah agama yang realistik, ia berinteraksi dengan manusia secara keseluruhannya sama ada jasmaninya, rohaninya mahu pun akal dan perasaannya. Islam meminta agar semua perkara itu diberi santapan yang cukup dalam batasan sederhana. Jikalau riadah itu menjadi santapan jasmani, ibadat menjadi santapan rohani, ilmu menjadi santapan akal maka seni pula menjadi santapan perasaan." Keadilan dalam Islam cukup jelas ukurannya. Hanya manusia saja yang tidak mampu memberi kesaksamaan untuk dirinya sendiri. Ada yang terlebih mengutamakan dunia hingga melupakan agama, ramai pula yang terpukau oleh ajaran yang menyalahi asas ketulenan Islam itu sendiri.Keadilan untuk diri kita adalah memberi hak kepada seluruh isi tubuh ini dengan sebaik-baiknya. Rasulullah SAW pernah menegur seorang sahabat yang sembahyang sepanjang malam dan berpuasa terus menerus pada siang harinya, sabda baginda SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi jasadmu ada haknya, bagi mata mu ada haknya, bagi keluargamu ada haknya dan bagi tetamu mu ada haknya."– (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Tiada yang lebih menyayangi kita selain Allah Taala dan diri kita sendiri. Jalannya telah ditunjukkan oleh Rasul-Nya SAW iaitu bersihkan hati dan berbuat adil pada tubuh badan ini.Penulis bertugas di Pejabat Mufti Sarawak